Keluarga Neelofa viral lagi! Video ‘syok’ sambut Aidilfitri beramai-ramai tular

Dari Penulis

KELUARGA Neelofa sekali lagi menjadi bahan hangat warganet selepas sebuah video sambutan Aidilfitri mereka tular di Twitter.

Difahamkan, video tersebut pada awalnya terlebih dahulu telah dikongsikan oleh kakak kepada bekas pengacara MeleTOP iaitu Noor Nabila di akaun Instagram.

Namun, video yang dimuat naik pada 1 Syawal dan memaparkan sesi bermaaf-maafan serta berpelukan itu telah dipadam.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, kelihatan ahli keluarga besar Neelofa iaitu suaminya Pu Riz, suami Nabila iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anaknya Engku Aleesya turut kelihatan.

Malah, ibu dan bapa tiri Neelofa, Datuk Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini turut berada bersama dengan mereka bagi menyambut Lebaran.

Netizen mempertikaikan tahap prosedur operasi standard (SOP) yang jelas tidak dipraktikkan oleh keluarga itu.

Malah, pengguna laman sosial turut mempersoalkan tentang aktiviti kunjung-mengunjung yang tidak dibenarkan ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang perayaan ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This