Beauty is in the eye of the beholder. Ya, pepatah tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan. Umumnya kaum wanita memiliki dorongan yang lebih besar berbanding lelaki untuk mencantikkan diri, memanjakan diri, rapi, sihat dan tampil manis bergaya. Modal untuk menjadi cantik hanya dua – RAJIN atau MALAS.
Jom lihat 10 langkah asas cerminan wanita cantik.
1. Mandi setiap hari
Ia berkait rapat dengan rejim kebersihan diri. Kekerapan mandi bergantung kepada aktiviti atau faktor luaran seperti cuaca. Jika penampilan bersih, orang di sekeliling pun selesa mendampingi anda.
2. Kekalkan kesegaran
Cuba kekalkan tahap kebersihan dan kesegaran tubuh badan. Jangan biarkan bau badan dan peluh menyesakkan hidung. Gunakan deodoran dan minyak wangi.
3. Cuci rambut
Rambut adalah mahkota wanita. Walaupun anda berhijab, jangan abaikan penjagaan kulit kepala dan rambut. Cuci rambut mengikut keperluan.
4. Kebersihan gigi
Gigi perlu dicuci sekurang-kurangnya dua kali sehari pagi dan petang atau pun setiap kali selepas makan. Kunjungi doktor gigi untuk pemeriksaan berkala. Gigi yang bersih membuat senyuman bertambah manis.
5. Penjagaan kuku
Kuku juga menjadi aset penting untuk kaum wanita. Pastikan ia sentiasa bersih dan rapi kerana kuku adalah antara benda pertama yang menangkap mata.
6. Kebersihan kulit
Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang serta aktiviti senaman menjadikan kulit kita sihat dan bersih. Cuci muka setiap kali selepas mengenakan solekan.
7. Pilihan pakaian
Tidak semestinya baju yang mahal membuatkan anda tampil cantik. Hanya perlu berpakaian bersih, selesa dan sesuai dengan tempat dan masa.
8. Aksesori, beg dan kasut
Sudah tentu cantik bila mana anda tampil dengan pakaian dan aksesori yang bersesuaian dengan personaliti.
9. Tengok cermin
Sebelum keluar rumah, pastikan anda check diri di hadapan cermin. Pastikan penampilan bersih, kemas dan sesuai dengan diri.
10. Peka dengan persekitaran
Orang akan menjauhi anda jika mereka tidak selesa. Bukan sahaja penampilan harus kemas dan bersih tetapi hal berkaitan anda juga perlu teratur seperti kebersihan rumah, kereta dan tempat kerja kerana itu semua adalah cerminan siapa diri anda.

