Pemberian vaksin capai 100,000 sehari

Dari Penulis

MALAYSIA berjaya mencapai kapasiti pemberian dos harian Covid-19 melebihi 100,000 sehari buat kali pertama pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam laman webnya.

Melalui laporan harian pemberian dos vaksin, sebanyak 58,084 dos pertama telah diberikan manakala dos kedua pula adalah 49,256.

Pada 26 Mei lalu, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama dan kedua ialah 2.5 juta.

Dos pertama jumlah keseluruhan mencapai lebih 1.67 juta, manakala bagi dos kedua mencecah 937,756.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media pada Khamis berkata bekalan vaksin negara bakal menyaksikan lonjakan ketara.

Ini kerana Malaysia dijadualkan menerima kira-kira lapan juta dos vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, pada bulan depan dan Julai.

Jelas Khairy, penambahan bekalan itu bakal mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan melonjakkan kapasiti pemberian vaksin kepada 150,000 dos sehari bermula bulan depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This