TNB muncul antara Jenama Terbaik 2020 di Anugerah World Branding di London

Dari Penulis

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi Jenama Terbaik 2020, iaitu satu pengiktirafan terulung bagi jenama peringkat antarabangsa pada majlis Anugerah World Branding yang berlangsung di London baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Ahad, syarikat utiliti elektrik nasional itu menjelas, ia merupakan satu-satunya jenama yang menerima pengiktirafan tersebut bagi kategori anugerah tenaga di Malaysia.

TNB memenangi anugerah yang sama pada 2014, 2018 dan 2019.

Anugerah World Branding merupakan program anugerah ulung anjuran World Branding Forum, organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang berpangkalan di London.

Ia menambah anugerah itu mengiktiraf pencapaian inovatif dan kreatif pelbagai jenama yang kekal unik dan relevan untuk pelanggan mereka sepanjang tahun lepas.

Lebih 400 jenama dari lebih 45 negara menerima pengiktirafan Jenama Terbaik bagi edisi anugerah kali ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata anugerah terbaharu itu mencerminkan usaha bersama 35,000 warga kerjanya yang sentiasa gigih memberikan perkhidmatan terbaik kepada hampir 10 juta pelanggan TNB.

“Kami akan terus menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan bagi mendengar setiap keluhan mereka dan memastikan ia ditangani dengan baik. Kami juga akan terus mengukuhkan hubungan dengan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Dalam pada itu, Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles berkata, anugerah itu mengiktiraf pemasar terbaik dari serata dunia.

“Anugerah ini adalah satu penghargaan kepada usaha gigih syarikat-syarikat ini dalam membina dan mengekalkan jenama mereka di arena pasaran yang sentiasa berubah,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This