200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

Dari Penulis

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan ganjaran menerusi Kempen Gabungan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) dengan BSN GIRO-i 2025.

Kempen berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2025 itu menggalakkan penerima STR membudayakan amalan menabung dengan menyalurkan sebahagian daripada bantuan diterima ke dalam BSN SSP.

Menurut BSN, menerusi simpanan minimum RM50 sebulan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sepanjang tempoh kempen, ia bertujuan membantu pelanggan membina tabiat menyimpan yang lebih teratur ke arah daya tahan kewangan jangka panjang lebih utuh.

“BSN terus memperkukuh komitmennya dalam memupuk budaya menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan meraikan penerima STR yang menyimpan secara konsisten menerusi Kempen Gabungan BSN SSP dengan BSN GIRO-i 2025.

“Tiga pemenang hadiah utama kempen ini telah menerima ganjaran Supermarket Sweep bernilai sehingga RM5,000 setiap seorang,” jelasnya dalam kenyataan.

Jelas BSN, tiga pemenang terbabit diraikan di AEON Mall Cheras Selatan menerusi ganjaran Supermarket Sweep di mana setiap pemenang diberi masa lima minit untuk memilih barangan runcit pilihan mereka.

Terdahulu Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid memberitahu, kempen ini mencerminkan komitmen berterusan BSN dalam memupuk budaya menabung.

Ia juga katanya, bertujuan meningkatkan keterangkuman kewangan, khususnya dalam kalangan komuniti yang menerima manfaat daripada inisiatif bantuan kerajaan.

“Kami berharap lebih ramai penerima STR terdorong untuk menjadikan simpanan sebagai sebahagian amalan pengurusan kewangan harian mereka.

“Walaupun bermula dengan jumlah kecil, simpanan yang dilakukan secara berterusan mampu membantu membina kedudukan kewangan yang lebih terjamin pada masa hadapan,” katanya.

Beliau menambah, sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan negara, BSN akan terus memperkenalkan inisiatif yang bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pelanggan, malah menggalakkan perancangan kewangan lebih bijak ke arah kesejahteraan kewangan mampan.

BSN SSP merupakan produk simpanan patuh syariah yang direka bagi menyediakan platform simpanan yang selamat, mudah dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor ditetap 11 Julai, PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 adalah pada hari Sabtu, 11...

More Articles Like This