7 snek berkhasiat yang anda wajib makan

Dari Penulis

Kajian menunjukkan individu yang mengambil snek secara teratur mendapat lebih khasiat dan nutrien dalam diet harian mereka seperti kalsium dan protein. Yang nyata, bukan bermakna anda boleh mengambil apa sahaja sebagai snek sebaliknya ia adalah alternatif untuk kekal bertenaga sepanjang hari tanpa rasa lapar dan lesu.

Epal

Epal mengandungi banyak fiber kira-kira 1/5 daripada keperluan harian anda yang mana ia adalah snek paling ideal untuk menahan daripada rasa lapar sepanjang hari. Kandungan fiber yang terdapat di dalam epal membantu perut rasa kenyang dengan lebih lama dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Campuran kekacang

Apabila sebut sahaja kekacang pastinya almond antara kacang yang menduduki tangga teratas. Namun jika anda bosan mengambil almond sahaja, apa kata campurkan almond bersama lain jenis kekacang. Campuran kekacang ini sangat baik untuk tubuh kerana ia membantu menahan rasa lapar. Ia juga tinggi fiber dan protein yang diperlukan tubuh. Kandungan mineral yang terdapat dalam pelbagai jenis kekacang juga membantu otot berfungsi dengan baik selain melancarkan peredaran darah.

Granola bars

Granola bars yang biasa kita makan ketika zaman sekolah dulu tinggi dengan kandungan gula. Walau bagaimanapun, granola bars yang dibuat khusus untuk orang dewasa lebih berkhasiat dan mampu menahan lapar sepanjang hari kerana ia kaya dengan kekacang, bijian sempurna, buahan kering dan pemanis yang sihat.

Frozen smoothies

Jika anda mencari solusi yang ringkas dan cepat, inilah jawapannya. Smoothies kaya dengan fiber dan tinggi protein. Ia juga memudahkan proses detox. Jika anda mencuba untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan rasa lapar, smoothies adalah pilihan yang tepat.

Jika sukar menyediakan smoothies setiap hari, apa kata frozenkan untuk memudahkan anda menikmatinya bila-bila masa. Pilihlah smoothies dari buah-buahan segar dan kering seperti pisang, tomato, lobak dan kurma yang mengandungi banyak khasiat.

Almond butter

Jika anda tiada selera untuk mengambil makanan berat, apa kata gantikan pengambilan makanan dengan sekeping roti yang disapu almond butter. Kaya dengan fiber, tinggi protein dan mudah disediakan. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja dan mampu memberikan anda rasa kenyang yang lama.

Greek yogurt

Walaupun greek yogurt agak bosan daripada yogurt berperisa namun ia dua kali ganda kaya dengan protein, kalsium, phosphorus dan magnesium yang diperlukan tubuh, tulang dan otot.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This