101 Pros & Cons – Makeup sponges

Dari Penulis

Kehadiran begitu banyak makeup sponges di pasaran dari pelbagai jenama, bentuk dan warna, agak sukar memilih mana satu di antaranya yang sesuai dengan kulit wajah kita dan bagaimana menggunakannya dengan cara yang betul.

Sebab itu sangat penting untuk mengetahui beberapa tip asas tentang makeup sponges sebelum membelinya.

Pros

1. Sangat berkesan terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering.

2. Penggunaan makeup sponges boleh mengelakkan sapuan foundation kelihatan bercapuk atau bertepek.

3. Memudahkan foundation meresap ke permukaan kulit dengan rata dan sempurna.

Cons

1. Perlu diganti setiap satu hingga tiga bulan. Bagaimanapun ia boleh bertahan sehingga enam hingga lapan bulan jika digunakan dan dijaga dengan baik.

2. Makeup sponges juga mudah menyerap berbanding penggunaan berus.

3. Penggunaannya mengambil masa yang lama dan lebih sesuai untuk foundation yang bersifat tidak mudah kering.

4. Ada kalanya sponge membuatkan liang pori akan kelihatan lebih besar berbanding penggunaan berus sintetik. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda boleh menggunakan sama ada silicone-based primer sebelum sapuan foundation atau menggunakannya dengan kaedah painting motion di bahagian tertentu wajah yang sedikit besar porinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This