PKPD dua lokaliti di Sarawak, empat di Sabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 41 kes positif COVID-19 yang dikesan di dua lokaliti di daerah Mukah, Sarawak telah membuatkan kawasan berkenaan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Selain itu, empat kawasan di Sabah turut dikenakan PKPD mulai Khamis ini sehingga 16 Jun depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti yang terletak dalam daerah Mukah, Sarawak itu adalah Kampung Bunut dan Rumah Panjang Undum Anak Anchih, Sungai Duan.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan telah berlaku penularan jangkitan dalam komuniti tempatan apabila sebanyak 29 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 166 individu di Kampung Bunut.

Pada masa sama, kata beliau, Rumah Panjang Undum Anak Anchih pula mencatatkan 12 kes positif hasil 56 saringan dengan kadar positiviti berjumlah 21.43 peratus.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti bermula 3 Jun sehingga 16 Jun 2021.

Baca artikel berkaitan: PKP: Operasi kilang minuman keras ditutup serta-merta

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai PKPD di Sabah, Ismail Sabri memaklumkan tiga daripada empat lokaliti berkenaan terletak di Kota Belud manakala satu lagi berada dalam daerah Tuaran.

Beliau berkata, PKPD di tiga lokaliti di Kota Belud melibatkan Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau manakala Kampung Simpangan menjadi lokasi pelaksanaan PKPD di Tuaran, Sabah.

Katanya, sebanyak lapan kes direkodkan di Taman Nikmat; tujuh di Kampung Pirasan dan lapan kes di Kampung Dundau.

KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan kes ketara di Kampung Simpangan melibatkan lapan kes positif daripada 10 ujian saringan yang dijalankan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes bagi tujuan pengasingan serta melaksanakan saringan kontak rapat,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This