Skuter Vespa hadiah cinta Dini Schatzmann buat Janna Nick

Dari Penulis

PELAKON dan pengacara Janna Nick tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila menerima kejutan sebuah motosikal jenis skuter Vespa daripada kekasih hatinya yang juga pelakon Dini Schatzmann sempena ulang tahun kelahiran ke-26, semalam.

Janna atau Nurul Jannah Munir menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, meluahkan rasa terharu meskipun tidak membuat sebarang permintaan istimewa bagi hari lahirnya.

“Hadiah hari jadi paling mahal. Terima kasih kerana selalu membuatkan saya berasa gembira. Terima kasih kerana selalu mencintai saya seadanya.

“Saya janji akan bawa awak keluar jalan-jalan lepas habis PKP okay. Saya sayang awak,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi video berdurasi tiga minit 35 saat itu juga, Janna sudah berpesan kepada Dini untuk membuat simpanan wang ringgit bagi membolehkan mereka membeli sebuah rumah.

“Saya dah beritahu awak jangan beli apa-apa hadiah tahun ini. Awak kena simpan duit untuk beli rumah kita,” kata pelakon Misteri Mona itu lagi.

Sementara itu, menerusi semakan di akaun Instagram Dini, dia terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran buah hatinya itu sehari lebih awal (31 Mei) disebabkan negara melaksanakan ‘total lockdown’, semalam.

“Saya minta maaf sebab kita meraikan ulang tahun kelahiran awak sehari lebih awal tetapi saya harap awak sukakannya.

“Impian saya ialah mahu menggembirakan dan buat awak tersenyum pada setiap tahun. Melihat awak gembira adalah segala-galanya untuk saya.

“Saya harap tahun ini awak dipenuhi dengan lebih banyak keberkatan dan kebahagiaan. Saya sayang awak selamanya,” tulisnya.

Janna dan Dini mula menjalinkan hubungan cinta pada Jun 2019.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This