TMJ titah Southern Volunteers bantu pusat vaksinasi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah supaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Southern Volunteers digerakkan bagi membantu program vaksinasi di negeri itu.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah supaya NGO berkenaan ditempatkan di pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negeri Johor bagi membantu pendaftaran rakyat negeri itu mendapatkan vaksin.

Tunku Ismail juga berharap sukarelawan Southern Volunteers dapat menggalakkan golongan belia memainkan peranan lebih besar dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Titah Tunku Ismail, golongan belia perlu bersama-sama untuk memerangi pandemik tersebut.

“Salah satu cara adalah untuk menjadi sukarelawan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), membantu menyebarkan berita yang disahkan mengenai vaksin dan menggalakkan ahli keluarga serta rakan-rakan mereka supaya mendaftar untuk vaksinasi.

Baca artikel berkaitan: Bawa vaksin kepada rakyat, unit bergerak mulakan suntikan di Padang Terap

“Semoga peranan Southern Volunteers dapat dioptimumkan bagi membantu menjayakan program vaksinasi serta meningkatkan lagi keberkesanannya. Allah berkati Johor,” titah TMJ dalam hantaran itu, semalam.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut mengambil maklum keresahan rakyat Johor mengenai program vaksinasi.

“Saya ambil maklum mengenai keresahan rakyat lebih-lebih lagi dengan peningkatan mendadak jumlah kes positif harian serta kematian sejak akhir-akhir ini.

“Memandangkan situasi wabak COVID-19 yang sangat serius di negeri Johor, Sultan Johor pada 20 Mei 2021 telah menitahkan supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri Johor bermesyuarat serta bekerjasama menolong rakyat memerangi wabak COVID-19,” titah Tunku Ismail lagi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This