‘Kalau ia membantu anda untuk tidur lena’, TMJ terbuka dipersalahkan dalam isu 7 pemain warisan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menerima dengan hati terbuka sekiranya dipersalahkan berhubung kemelut tujuh pemain warisan negara jika itu dapat memuaskan hati semua pihak.

Baginda menjelaskan, apa yang dilakukan untuk pasukan kebangsaan adalah kerana rasa cinta terhadap bola sepak dan mahu ianya terus berkembang seiring dengan peredaran masa.

“Lagi sekali saya ingin repeat untuk kali terakhir, tuan-tuan dan puan-puan kalau ia membantu anda untuk tidur lena setiap malam untuk mempersalahkan saya dalam isu ini, saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia-Brazil kukuh persahabatan, kerjasama erat

Tunku Mahkota Ismail berkata, baginda sudah dikritik sejak sekian lama, malah ia berlaku sebelum memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lagi.

Tunku Mahkota Ismail menegaskan, sesiapa sahaja boleh mengkritik namun minat utama baginda hanyalah siapa yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan bola sepak negara.

“Bukan ke saya sudah dikritik begitu lama, semua portal sukan, semua wartawan-wartawan sudah kritik saya, sebelum saya (jadi) presiden sampai saya presiden dan sampai sekarang tak pernah saya tengok orang masuk penjara.

“Saya selalu kena kritik daripada dulu, kalau di sosial media boleh dikatakan berjuta kritik saya, tiada masalah, siapa-siapa sahaja boleh kritik,” kata baginda lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This