PKP penuh pun ramai tak patuh SOP, 792 ditahan semalam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SUDAH lebih setahun seluruh negara terpaksa hidup dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Peningkatan semula wabak ini yang tampak lebih ‘menggila’ juga telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh fasa pertama bermula semalam sehingga 14 Jun ini.

Namun begitu, pada hari pertama pelaksanaan PKP secara penuh semalam, masih ramai yang dilihat mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) asas hingga ditahan pihak berkuasa.

Sedangkan, tempoh setahun ini orang ramai sepatutnya sudah terbiasa untuk mengamalkan SOP asas termasuk memakai pelitup muka dan mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 792 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar pelaksanaan SOP pada hari pertama PKP penuh semalam.

Beliau memaklumkan, seramai 781 individu daripada jumlah keseluruhan berkenaan telah dikompaun, 10 direman manakala seorang lagi dijamin.

Baca artikel berkaitan: Hari pertama PKP 3.0, ibu negara lengang, sunyi sepi

Katanya, 180 telah dikesan tidak mematuhi penjarakan fizikal; 170 ditahan kerana tidak memakai pelitup muka manakala 135 gagal merekod butiran diri atau mendaftar sebelum masuk ke premis.

Ismail Sabri berkata, 102 individu lagi ditahan kerana merentas negeri/daerah tanpa kebenaran dan makan di premis; 88 tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan; 88 individu membawa penumpang berlebihan; sembilan disebabkan premis tidak mematuhi arahan dan 20 lagi atas lain-lain kesalahan.

“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 71,549 pemeriksaan semalam.

“Ia melibatkan 3,555 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 16,146 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ditamatkan mengikut jadual, esok.

Sehingga kini, kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 1,346 ujian saringan dan 60 daripadanya disahkan positif COVID-19.

“KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai, Johor pada 3 Jun seperti dijadualkan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This