FAMA, Mukmin Pay sasar jana RM6.5 juta jualan dalam talian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Mukmin Pay Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menjana RM6.5 juta nilai jualan menjelang penghujung tahun 2021 menerusi perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan kepada pengguna.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Mohamad Mustahapa Awang berkata, ia berdasarkan jangkaan seramai 5,000 usahawan FAMA seluruh negara yang mendaftar menerusi aplikasi Mukmin Mart.

Menurut Mohamad Mustahapa, Mukmin Pay sedang giat memperluas proses pendaftaran di kesemua outlet-outlet pemasaran FAMA seluruh negara bagi memudahkan aktiviti perniagaan dijalankan secara dalam talian.

Beliau berkata, sehingga kini, aplikasi tersebut telah berjaya mendaftarkan seramai 300 usahawan FAMA dan 500 orang penghantar makanan manakala seramai 3,000 pengguna telah pun memanfaatkan aplikasi berkenaan.

Kata beliau, aplikasi Mukmin Mart dibangun dan diuruskan sepenuhnya Mukmin Pay dan telah diperkenalkan kepada usahawan FAMA di 16 lokasi Pasar Tani sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“FAMA dengan kerjasama Mukmin Pay telah mewujudkan peluang pekerjaan baharu menerusi program Mukmin Mart Rider. Ia adalah untuk menggalakkan belia yang sedang mencari peluang pekerjaan untuk mendaftar sebagai penghantar makanan melalui aplikasi Mukmin Rider sama ada di Play Store atau AppStore.

Baca artikel berkaitan: FAMA wujud pusat pengurusan krisis atasi lebihan

“Nilai jualan menerusi aplikasi tersebut sejak kita perkenalkan pada bulan Februari lalu sehingga Mei telah mencatatkan sebanyak RM500,000,” katanya.

Orang ramai hanya perlu menggunakan aplikasi Mukmin Mart bagi mendapatkan bekalan makanan segar daripada FAMA secara dalam talian. GAMBAR: Ihsan FAMA

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar secara maya selepas melakukan lawatan ke Myfarm Outlet Kasih Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Mukmin Pay, Mohd. Yusni Ismail.

Mengulas mengenai operasi MyFarm Outlet Kasih Putrajaya, Mohamad Mustahapa berkata, cawangan tersebut beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dengan pintu masuk dan keluar dikawal selia pihak berkuasa.

Pada masa sama, kata beliau, laluan sehala dalam premis turut dilaksanakan di samping mengehadkan bilangan kemasukan pengunjung pada satu-satu masa.

Kata beliau, MyFarm Outlet Kasih itu dibuka setiap hari kecuali Isnin dengan waktu operasi bermula pukul 6 pagi sehingga 4 petang semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

“Kita juga menasihatkan pengguna untuk membuat bayaran secara dalam talian atau tanpa tunai sama ada melalui pembayaran menggunakan QR kod, Duit Now, e-dompet dan perbankan internet supaya dapat membendung penularan wabak COVID-19,” jelas beliau.

Sementara itu, Mohd. Yusni berkata, pengguna yang menggunakan aplikasi Mukmin Mart berpeluang menerima penghantaran percuma sepanjang tempoh pelaksanaan PKP kali ini.

“Promosi penghantaran percuma ini juga mungkin akan dilanjutkan bagi tempoh tiga bulan bagi membantu memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan makanan segar dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Selain itu, kita bersama FAMA juga memberi peluang pekerjaan dan menggalakkan golongan belia serta golongan berpendapatan rendah (B40) yang terjejas semasa tempoh pandemik ini untuk berdaftar sebagai penghantar makanan,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This