STESEN radio Suria FM menyajikan pelbagai pengisian menarik menerusi kempen Raikan Yang Dirai sepanjang Ramadan ini dengan penganjuran program Ybae Suria Masuk Kampung bermula 16 sehingga 30 Mac ini.
Dengan menampilkan barisan penyampai Suria di beberapa lokasi terpilih seperti Pulau Pinang (16 Mac), Muar, Johor (23 Mac), dan Lembah Klang (30 Mac).
Pada Sabtu ini, penyampai Suria FM, Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin, akan turun padang bagi menyantuni penduduk sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang bertempat di Masjid Al-Jamiul Badawi.

Acara yang akan bermula seawal 10 pagi itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya rewang bersama penduduk, pengagihan bubur kanji, berbuka puasa, solat terawih berjemaah.
Bagi menjayakan kempen #SuriaKongsiRezeki, Suria FM akan turut menyerahkan sumbangan kepada pihak masjid serta kanak-kanak dan warga emas yang hadir.
Majlis akan turut diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, selaku ADUN Bertam.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), program itu bertujuan untuk mengimarahkan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan berkongsi rezeki selain menghargai kesetiaan pendengar sekaligus mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara penyampai dan pendengar.

“Di kesempatan ini juga, saya mewakili seluruh warga kerja Suria FM ingin mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua khasnya untuk pendengar setia kami di mana pun mereka berada.
“Buat pendengar Suria di Selatan tanah air, nantikan kedatangan penyampai Suria pada Sabtu hadapan (23 Mac) bertempat di Masjid Sg Abong, Muar, Johor,” ujarnya.
Selain itu, Suria FM dan FAMA sekali lagi berkerjasama menerusi program Suria Belanja Makan yang telah diadakan pada Sabtu lalu di Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri, bersempena sambutan Semarak Ramadan Madani peringkat kebangsaan.
Acara yang bermula seawal jam 9 pagi itu, pengunjung dihadiahkan goodie bag percuma berisi produk Agro Madani dan barangan eksklusif Suria serta berpeluang beramah mesra bersama penyampai Morning Morning Suria, Fizz Fairuz, Ajak dan Kai Hassan.
Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

