FAMA Terengganu beli 326 tan metrik buah duku atasi masalah lambakan

Dari Penulis

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu sudah membeli 326 tan metrik (MT) buah duku bernilai lebih RM461,000 daripada 13 pengumpul buah tempatan di negeri ini.

Pengarah FAMA Terengganu, Nukman Hashim berkata, pembelian pada harga RM1.30 hingga RM2 sekilogram itu bertujuan mengatasi masalah lambakan buah berkenaan selain membantu pekebun menambah pendapatan.

“Keseluruhan pengeluaran duku seluruh Terengganu sebanyak 3734.4 MT dengan anggaran nilai berjumlah RM6.72 juta melibatkan keluasan tanaman 831.4 hektar.

“Hulu Terengganu merupakan kawasan pengeluaran utama iaitu anggaran pengeluaran sebanyak 1872.7 MT bernilai RM3.37 juta di tanah berkeluasan 428.6 hektar.

“Selain duku, Hulu Terengganu juga merupakan antara pengeluar utama hasil pertanian dan buah-buahan bermusim,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan pusat pengumpulan hasil pertanian di Kampung Tanjung Putat, hari ini.

Nukman berkata, pihaknya lebih memberi fokus kepada pasaran luar terutama di Lembah Klang.

“Sepanjang musim duku Terengganu pada sekitar September hingga Oktober lalu, kita memasarkan duku dalam purata 10 hingga 12 MT ke Lembah Klang,” ujarnya.

Baca artikel lain: Pelitup muka tak wajib dalam pengangkutan awam, tapi digalak pakai – Loke

Dalam pada itu, Nukman berkata, pihaknya merancang untuk mewujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian di Kampung Tanjung Putat, Hulu Terengganu.

elas Nukman, Terengganu tidak mempunyai pusat pengumpulan dan jualan borong khusus serta bersistematik bagi pemasaran hasil duku berkenaan.

Justeru, beliau berkata, pusat pengumpulan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada FAMA dan petani setempat malah melibatkan pemborong luar yang boleh menjadikan pusat berkenaan sebagai lokasi pengumpulan atau penyusunan semula bakul sebelum dihantar ke lokasi luar Terengganu.

“Pusat pengumpulan ini bukan sahaja berfungsi pada musim pengeluaran duku Terengganu tetapi ia boleh berperanan sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian Hulu Terengganu seperti nanas, jagung dan lain-lain.

“Ia juga dijangka dapat memberi manfaat lebih 400 komuniti setempat di Hulu Terengganu terdiri daripada petani, usahawan, pengumpul, orang kampung dan sebagainya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This