Zarina Anjoulie dakwa didera mental & dipukul bekas suami

Dari Penulis

KEMELUT pertelingkahan antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Eilyas Azhar masih lagi belum nampak jalan penamat.

Terkini, Zarina berkongsi laporan polis yang dibuat ke atas Eilyas atau Yas yang didakwa telah menceroboh ruang privasinya selain turut pernah dicederakan.

“Banyak benda orang tak tahu macam mana kau dera mental aku hari-hari.

“Kau pukul aku dan banyak lagi kau buat kat aku…keluarga dan kawan-kawan aku semua tahu hal sebenar.

“Aku dah ‘move on’ tapi kau acah aku takut dengan kau. Kau kuman lah bagi aku,” katanya.

Dedah pelakon Anak Pontianak itu lagi, Yas turut sering mengguna dan mencuri wang miliknya tanpa pengetahuannya.

Laporan polis yang dibuat Zarina terhadap bekas suaminya

“Kau cakap tak hadap duit aku tapi dah berapa banyak duit aku, kau pakai? Siap curi duit aku.

“Mulut cakap lain tapi perbuatan kau lain. Kalau kau tak hadap duit aku, bayarlah duit aku balik.

“Tapi kau tak buat (bayar) pun, jadi memang kau hadap lah,” luahnya.

Bagaimanapun, semua hantaran yang dimuat naik di Instagram sebelum ini sudah dipadamkan.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN : Mahligai cinta Zarina Anjoulie berkecai selepas enam bulan bernikah , Zarina Anjoulie rujuk semula dengan Eilyas -“Wahai perempuan-perempuan, aku rasa korang dah boleh berhenti DM suami aku…” , Zarina Anjoulie dan suami bercerai kali kedua

Perbualan antara Zarina bersama Yas di Instagram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This