Mahligai cinta Zarina Anjoulie berkecai selepas enam bulan bernikah

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pelakon Zarina Anjoulie mengejutkan ramai pihak apabila dia mengumumkan status terkininya yang sudah bercerai.

Zarina atau Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul,33, berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran di Instagram, sebentar tadi.

“Alhamdulillah, aku dah bercerai. Hari terbaik untuk hidup aku.

“Alhamdulillah, terima kasih Yas,” katanya.

GAMBAR ketika majlis resepsi Zarina dan Eilyas

Malah, pelakon yang popular menerusi drama Anak Pontianak itu turut bertindak menutup ruangan komen di akaun media sosialnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas Azhar pada Julai 2020 setelah empat tahun bergelar janda.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei, Pangiran Mohd. Ilham Syazwan pada 2015 namun bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini dibawah jagaan Zarina.

ZARINA mendedahkan dia sudah bercerai dengan Eilyas

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This