10 lagi lokaliti dikenakan PKPD, 885 individu ingkar SOP

Dari Penulis

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di beberapa lokasi di Pahang, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di Sabah kawasan yang dikenakan PKPD ialah 2 lokasi di Kudat, satu di Kinabatangan. Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah di Kampung Sinar Budi Baru, Kuching.

‘’Di Pahang tiga kawasan Felda dikenakan PKPD iaitu Felda Tembangau 1 dan Felda Tembangau 3 di Bera dan Felda Jengka 7. Di Johor  PKPD dilaksanakan di Felda Inas manakala di Tumpat, Kelantan dua lokaliti terlibat iaitu Kampung Kutan Tengah dan Kampung Ketil,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PKPD di kesemua kawasan itu berkuatkuasa mulai 11 Jun hingga 24 Jun selepas terdapat peningkatan ketara kes Covid-19.

‘’Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pengesanan awal kes-kes Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19,’’ katanya.

Sementara itu kata beliau, PKPD di Felda Tersang 1,2 dan 3 Raub yang dijadualkan tamat pada 10 Jun akan dilanjutkan bermula 11 Jun hingga 24 Jun.

Mengenai Task Force Operasi Pematuhan, Ismail Sabri berkata, operasi yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 92,202 pemeriksaan semalam.

‘’Seramai 885 individu di atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 852 individu dikompaun dan 33 direman,’’ katanya.

Beliau berkata, kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (178), tiada penjarakan fizikal (145), tidak memakai pelitup muka (144), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (101), membawa penumpang berlebihan (73), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (79) dan lain-lain (165).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut ditikam rakan, mayat dihumban dalam pembetung

SEORANG lelaki maut akibat ditikam rakan di kawasan tapak pembinaan di belakang sebuah bilik pameran kenderaan di Iramanis, Kota...

More Articles Like This