Agong perlu bertegas agar ‘political will’ tumpu perangi Covid-19

Dari Penulis

Oleh : RUDI HAIRI AZIZ 

Sesi pertemuan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bersama pemimpin parti politik sehari dua ini mewujudkan pelbagai spekulasi dan teori dalam kalangan pencatur, pemerhati, penganalisis dan netizen. 

Namun mesti ditegaskan, apa sahaja perkara melibatkan Tuanku YDPA sebagai payung teduhan rakyat jelata dan Raja Berperlembagaan adalah perkara yang amat serius. 

Tiada apa lebih serius dan penting kepada rakyat jelata buat masa sekarang selain daripada menjaga nyawa diri dan keluarga, mendapatkan vaksin (dah tak kisah jenama apa pun) dan menyediakan makanan di atas meja. 

Apa guna bersidang Parlimen kalau hanya untuk salah menyalahi, apa guna hak bersuara kalau hanya untuk menambahkan pertelingkahan yang membuang masa. 

Kita mendoakan Duli Tuanku sesungguhnya dapat melaksanakan nawaitu menyatukan ‘political will’ sekalian pemimpin politik agar memberikan tumpuan kepada ikhtiar memerangi wabak Covid-19, mempertahankan kelangsungan ekonomi sekali gus menjaga kebajikan rakyat yang sedang dihimpit dari pelbagai sudut. 

Sewaktu temu bual awal selepas pelantikan sebagai YDPA Ke-16, Tuanku pernah bertitah: – 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/590633/yang-di-pertuan-agong-payung-perpaduan

“Memang YDPA simbol perpaduan, tetapi kalau boleh jangan jadi (simbol) semata-mata. Kalau boleh saya mahu jadikan ini realiti. Saya sudah terima hakikat bahawa saya YDPA dan cuba nak jadikan ini (kedudukan) antara misi yang boleh menyatukan”.

Titah YDPA pastinya boleh bertegas untuk menjayakan misi solidariti politik nasional. Ini bukan masa untuk mencatur kedudukan atau mencari political milleage. Bukan masa untuk cari publisiti. 

Usaha memerangi Covid-19 sedang gigih berjalan. Frontliners, infra hospital dan petugas keselamatan terus ditambah dan bertarung setiap hari. Vaksinasi roll out nampak positif dengan jumlah 150,000 divaksin setiap hari dan akan meningkat. Segala macam bantuan kepada yang terjejas disampaikan oleh kerajaan. 

Kalau pandangan awam dikhuatiri, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang Duli Tuanku sendiri lantik, cukup wibawa untuk menyampaikan terus keresahan kepada Tuanku YDPA. Wakil industri ada. Wakil Sabah, Sarawak ada. Ahli akademik ada. Mantan Panglima pun ada. Wakil politik (UMNO, DAP, PKR, Bersatu, Amanah) pun ada. Nama pun Jawatankuasa Bebas, bebas daripada sebarang ‘vested interest’. 

Jangan kerana mahu memuaskan hati beberapa individu, kita berakhir dengan lebih goyah dan lemah. Tiada siapa yang gagal kerana kita masih berjuang dengan gigih dan bersemangat waja. 

Gandingan pembangkang yang ada pula sebenarnya mimpi ngeri politik Malaysia. Nightmare. Risau nanti persoalan siapa nak jadi pengerusi mesyuarat pun tak selesai. 

Perang Covid-19 mesti menjadi prioriti dan keutamaan kepada setiap seorang kita yang berpijak di bumi Malaysia ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This