Video ‘salah parking’ viral di TikTok, Neeta buat laporan polis

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Penyanyi Neeta Manishaa dan syarikat rakamannya, Nar Records Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media berhubung penularan sebuah video ‘salah parking’ yang membabitkan dirinya sehingga menjadi viral di TikTok.

Ketua Pemasaran Dan Promosi Nar Records, Becky Zulkepli berkata, individu berkenaan memuat naik satu klip yang diambil dari program All Together Now Malaysia yang disiarkan baru-baru ini.

“Pihak pengurusan dan Neeta telah membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut. Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti dan maruah Neeta sebagai wanita.

“Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat di pastikan kerana usaha untuk menghubungi individu tersebut gagal kerana dia tidak memberi maklum balas tentang isu ini,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini video terbabit masih belum di padamkan seolah-olah individu tersebut tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini.

“Pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut dan kerana video yang sengaja dimuat naik itu mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh badan serta diri Neeta sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Neeta meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan kurang bijak individu terbabit.

“Terkilan kerana yang melakukannya iala seorang pengamal media yang tinggi juga jawatannya dalam bidang ini.

“Tujuan Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis juga atas desakan pengurusan dan bukanlah ingin memperbesarkan isu.

“Bukan ingin mengadu domba tapi agar individu itu dan sesiapa saja pengguna media sosial dapat menggunakan media sosial dengan betul bukan untuk mengecam, ‘body shaming’ dan membuat buli cyber di mana itu adalah satu kesalahan di bawah akta SKMM,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This