Bella Dowanna rahsiakan keputusan SPM sebab…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis minggu lalu telah menunjukkan graf penilaian yang memberangsangkan berbanding tahun lepas.

Ramai pelajar gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh begitu juga buat pelakon remaja yang semakin dikenali menerusi drama Budak Tebing, Bella Dowanna.

Dedah Bella, dia bersyukur apabila berjaya lulus dalam semua lapan mata pelajaran yang diambil. Namun, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan keputusan SPM yang diterima baru-baru ini.

“Alhamdulillah, keputusan SPM saya okey. Saya ada memperoleh A dan paling penting tidak ada satu mata pelajaran pun yang gagal.

“Saya tak mahu kongsi keputusan SPM yang saya dapat…dengan kawan-kawan rapat pun saya segan nak kongsikan.

“Saya rancang nak menyambung pelajaran dalam jurusan perniagaan dan sedang mencari institusi pengajian yang bersesuaian,” katanya kepada URTV.

Bella atau nama penuhnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim,18, berkata demikian ketika sidang media drama Budak Tebing 2 yang diadakan secara maya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Bella akui dia berdepan kesulitan untuk mengulangkaji pelajaran kerana pada masa sama dia perlu memberi komitmen kepada penggambaran drama tersebut.

“Masa penggambaran Budak Tebing 2, kebetulan saya memang tengah nak ambil SPM. Memang sukar juga nak bahagikan masa untuk belajar dan pada masa sama kena bekerja di set penggambaran.

“Kadangkala sampai tak sempat nak pergi sekolah sebab jadual penggambaran ada yang mula dari awal pagi hingga lewat malam.

“Tapi, syukurlah saya ada mengambil kelas peribadi bersama guru untuk mengulang kaji semula mata pelajaran yang saya dah terlepas,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This