Tahniah! Yusry & Lisa Surihani dapat anak ketiga

Dari Penulis

PELAKON dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi.

Lebih manis lagi, cahaya mata ketiga mereka itu lahir pada ulang tahun kelahiran Yusry yang ke-48 hari ini.

“Alhamdulillah, Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Bayi dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“What a birthday present’. Selamat datang ke dunia, anakku!,” tulis Yusry di akaun Instagram miliknya.

Menerusi semakan URTV di ruangan komen Instagram, ramai rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah dan gembira dengan kelahiran bayi mereka.

Terdahulu, Februari lalu Yusry mengumumkan Lisa sedang hamil cahaya mata ketiga selepas menerima lambakan pertanyaan tentang fizikal tubuh badan Lisa yang sedikit berisi seperti sedang mengandung.

Menurut Yusry, mereka tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira itu memandangkan lambat-laun orang ramai akan mengetahui juga walaupun tidak diumumkan.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan turut dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne,6 dan Yusof Leonne yang berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lancar hab baharu di Cyberjaya, TV AlHijrah janji kualiti siaran lebih mantap

STESEN televisyen Islamik utama negara, TV AlHijrah, melakar satu lagi penanda aras penting dalam landskap penyiaran tempatan apabila merasmikan...

More Articles Like This