tnb
JURUTEKNIK Bahagian Senggaraan Elektrik TNB, Mohd Jamil Ramlan (kiri) menyerahkan sumbangan Ihya' Ramadhan 1442H kepada 30 buah keluarga di Rumah Pangsa Taman Hijau, Sitiawan, Perak pada 27 April lalu. - Gambar TNB

TENAGA Nasional Berhad (TNB) telah mengedarkan barangan keperluan asas dan wang saku kepada 9,918 orang asnaf sejak 27 April lalu bagi membantu mereka melalui yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan barangan berupa beras, gula, telur, biskut, serbuk teh, tepung, kurma, barangan dapur dan lain-lain itu diedarkan menerusi pelbagai program anjuran TNB bagi meringankan beban penerima sepanjang Ramadhan dan Syawal, selain menceriakan sambutan dua bulan yang mulia itu.

Mohamad Ariff Zainol

Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB, Mohamad Ariff Zainol berkata, agensi itu memperuntukkan sejumlah RM420,000 untuk program-program penyerahan bantuan keperluan asas tersebut bagi memenuhi komitmennya sebagai warga korporat yang prihatin.

“Sumbangan kecil kami ini diharap dapat meringankan beban keluarga penerima bantuan dan pada masa yang sama mengeratkan silaturahim kami dengan masyarakat yang memerlukan.

“Berikutan pelaksanaan PKP 3.0, sebahagian bantuan diserah secara terus dengan warga kerja kami menyantuni penerima bantuan dengan menyerahkan barangan dari rumah ke rumah, termasuk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

BERITA BERKAITAN TNB komited beri perkhidmatan terbaik kepada 9.5 juta pelanggan ketika ‘lockdown’

“Pendekatan ini juga, Insya Allah dapat mengukuhkan amalan sentiasa bersyukur, prihatin dan berkongsi rezeki bersama masyarakat,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Selain berkongsi rezeki bersama golongan yang terkesan akibat kekangan PKP 3.0 ketika ini, TNB juga menyokong usaha pelaksanaan program vaksinasi negara dengan memastikan hampir semua warga kerjanya mendaftar untuk vaksinasi serta memastikan bekalan elektrik ke Pusat Pemberian Vaksinasi dan Pusat Simpanan Vaksin berada dalam keadaan baik dan teratur.

Juruteknik Bahagian Senggaraan Elektrik TNB, Mohd Jamil Ramlan (kiri) menyerahkan
sumbangan Ihya’ Ramadhan 1442H kepada 30 buah keluarga di Rumah Pangsa Taman Hijau, Sitiawan, Perak pada 27 April lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram