UMNO bermesyuarat esok, tarik diri daripada kerajaan 1 Ogos ?

Dari Penulis

Itulah persoalan yang timbul apabila Presiden parti, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan mengadakan mesyuarat Biro Politik di Ibu pejabat parti tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), esok.

Sumber memberitahu, mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3 petang itu difahamkan akan membincangkan dan membuat keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan dan dijangka dihadiri oleh 10 anggota jawatankuasa pengurusan serta 13 pengerusi perhubungan negeri.

‘’Kepemimpinan parti mahu UMNO keluar daripada kerajaan pada 1 Ogos, bagaimanapun difahamkan majoriti pengerusi perhubungan UMNO negeri menolak cadangan tersebut, sebaliknya mahu UMNO berunding terlebih dahulu dengan Perikatan Nasional,’’ kata sumber tersebut kepada UtusanTV.

Sumber itu mendakwa, mesyuarat Biro Politik tersebut dianggap langkah terbaru kepemimpinan parti bagi membolehkan tindakan untuk keluar daripada Kerajaan PN dilakukan.

‘’Jika mesyuarat itu memutuskan sedemikian, ia akan memudahkan Presiden parti meyakinkan Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan yang sama,’’ kata sumber itu.

Bagaimanapun sumber itu turut melahirkan kebimbangan berikutan mesyuarat tersebut bakal memanaskan arena politik negara sedangkan tumpuan sekarang adalah menangani pandemik Covid-19.

Sumber itu turut mempersoalkan bolehkah mesyuarat secara bersemuka diadakan kerana ia jelas melanggar SOP PKP 3.0.

‘’Kita tidak mahu ada ‘double standard’ dalam soal ini, selain mesyuarat secara bersemuka melanggar SOP, apakah mereka yang terlibat dalam mesyuarat itu akan dibenarkan merentas negeri kerana ramai anggota biro berada di luar Lembah Klang.

‘’ Kita juga minta kepemimpinan UMNO memberi perjelasan bagaimana mesyuarat itu akan dijalankan kerana kita tidak mahu ia melanggar SOP,’’ katanya.

Pada masa sama, kata sumber itu, mesyuarat itu pasti akan menarik perhatian media yang akan berkumpul di PWTC.

‘’Ini akan menyebabkan ramai orang berkumpul dan boleh mendatangkan risiko penularan Covid-19,’’ katanya.

Sementara itu, UtusanTV telah menghubungi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan melalui aplikasi Telegram bagi mendapat pengesahan dan komen beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This