Kes COVID-19 turun kepada 5,911, Kedah naik lebih 200

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMALAM, jangkitan harian COVID-19 kembali meningkat melebihi angka 6,000 apabila melaporkan sebanyak 6,440 kes.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, kes baharu seluruh negara turun sedikit kepada 5,911 jangkitan.

Ia sekali gus menjadikan kes kumulatif semakin meningkat sehingga mencecah 691,115 setakat ini.

Walau bagaimanapun, penularan baharu di Selangor terus meningkat kepada 2,111 kes hari ini berbanding 2,095 yang direkodkan semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, penurunan ketara dicatatkan di Kuala Lumpur yang mencatatkan 483 kes hari ini.

Kes di Kuala Lumpur meningkat kepada 816 kes semalam.

Negeri Sembilan turut mencatatkan penurunan kes baharu buat hari kedua berturut-turut iaitu sebanyak 770 selepas pernah merekodkan 1,086 kes semalam.

Sarawak masih melaporkan kes melebihi 500 iaitu sebanyak 569 kes diikuti Johor yang turun sedikit kepada 498 kes.

Baca artikel berkaitan: 6,440 kes hari ini, Perak naik semula tiga angka

Beberapa negeri iaitu Sabah, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah turut menyaksikan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 hari ini.

Sabah naik sedikit kepada 201 kes; Kelantan meningkat kepada 223; Pulau Pinang (167) manakala kes baharu COVID-19 di Kedah naik semula melebihi angka 200 kepada 204 kes berbanding 159 semalam.

Labuan juga mencatatkan kenaikan sebanyak 30 kes kepada 185 jangkitan hari ini manakala kes menurun di Melaka iaitu sebanyak 134.

Pahang dan Terengganu terus merekodkan dua angka kes iaitu masing-masing sebanyak 56 dan 62 kes.

Putrajaya mencatatkan tiga kes baharu manakala hanya Perlis tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 19 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,911 kes (691,115 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,111 (226,455)
WPKL – 483 (70,789)
Sabah – 201 (67,378)
Johor – 498 (67,366)
Sarawak – 569 (59,139)
Negeri Sembilan – 770 (37,834)
Kelantan – 223 (33,319)
Pulau Pinang – 167 (32,933)
Perak – 245 (24,548)
Kedah – 204 (23,110)
Melaka – 134 (15,817)
Pahang – 56 (11,953)
Terengganu – 62 (10,923)
WP Labuan – 185 (6,828)
WP Putrajaya – 3 (2,153)
Perlis – 0 (570)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This