SEBANYAK 5.815 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 4.2 juta adalah melibatkan penerima bagi dos pertama, manakala 1.61 juta lagi melibatkan pemberian dos kedua.
“Sebanyak 140,573 dos diberikan semalam (19 Jun).
“Seramai 116,514 menerima vaksin untuk suntikan pertama manakala 24,059 lagi menerima suntikan kedua,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Berdasarkan infografik yang dikongsi, Kuala Lumpur mencatatkan penerima dos pertama vaksin tertinggi dengan 724,684 orang.
BERITA BERKAITAN Kerajaan pertimbang rentas negeri individu lengkap dos vaksin Covid-19
Ia diikuti Selangor 642,249, Sarawak (610,385) dan Johor (377,190).
Sementara itu, bagi dos kedua, Selangor melaporkan angka tertinggi dengan 208,031 diikuti Sarawak (186,008), Johor (167,469) dan Sabah (133,026).
Daftar di aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau telefon 1800888828.

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di www.utusantv.com atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

