Lebih separuh kluster baharu libatkan tempat kerja

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 24 lagi kluster baharu telah dilaporkan hari ini dengan lebih separuh daripadanya melibatkan tempat kerja.

Jumlah kluster tempat kerja baharu yang dikesan hari ini adalah sebanyak 15 kes.

Lebih membimbangkan, hampir separuh atau tujuh daripada keseluruhan 15 kes kluster baharu itu dikesan di Selangor.

Selain itu, dua kluster tempat kerja telah dikenal pasti di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, masing-masing satu kluster tempat kerja dilaporkan di Johor dan Pahang.

Selain kluster tempat kerja, kata beliau, kluster baharu lain melibatkan tujuh kluster komuniti, satu kumpulan berisiko tinggi dan satu pusat tahanan.

Beliau berkata, Sarawak turut merekodkan kluster baharu tertinggi iaitu sebanyak empat kes kluster komuniti.

“Sebanyak 456 kes positif COVID-19 telah dikesan daripada keseluruhan 15 kluster baharu tempat kerja hari ini.

“Kluster tempat kerja yang merekodkan kadar jangkitan tertinggi adalah Kluster Jalan Enam Selatan Dua di Selangor mencatatkan 92 kes daripada keseluruhan 330 ujian saringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 77 kematian, 25 tahun korban termuda, 21 lagi kluster

Pengesanan kluster baharu hari ini itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster sejak COVID-19 melanda adalah sebanyak 2,690.

Pada masa sama, sebanyak 851 kluster masih aktif manakala 1,839 lagi telah diisytiharkan tamat.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut menasihati individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 supaya terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan.

Kata beliau, ia termasuk mengelakkan 3S iaitu kawasan sesak, sempat dan sembang pada jarak dekat serta mengamalkan 3W iaitu wash, wear dan warn.

“Patuhlah kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagai normal baharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This