Penyertaan Pejuang dalam PN permulaan penyatuan politik Melayu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYERTAAN Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) ke dalam Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai permulaan kepada penyatuan politik orang Melayu.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menyifatkan kemasukan parti itu bukan sekadar penyertaan ke dalam sebuah gabungan politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah permulaan kepada penyatuan keuatan yang lebih besar demi menyelamatkan negara daripada perpecahan, ketidakstabilan dan kegagalan kepimpinan yang semakin meresahkan rakyat.

Mukhriz turut menyambut baik keputusan PN menerima Pejuang sebagai salah sebuah parti komponen dalam gabungan tersebut.

“Pejuang percaya bahawa dalam keadaan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi, sosial, keselamatan dan politik, keutamaan mesti diberikan kepada usaha memperkukuh penyatuan ummah.

“Pada masa sama, membina kekuatan politik yang mampu menawarkan kepimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, Pejuang akan terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, keadilan, tadbir urus yang baik serta komitmen untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, penyertaan itu juga selaras pendirian Pejuang bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa mengatasi kepentingan parti serta individu.

“Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pembentukan sebuah saf perjuangan yang lebih besar demi masa depan negara.

“Semoga langkah ini menjadi titik permulaan kepada usaha yang lebih besar dalam menyatukan kekuatan umat dan membina Malaysia yang lebih stabil, selamat dan makmur,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This