19 kluster baharu, 16 tempat kerja, 10 babitkan kilang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 19 lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan seluruh negara hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, seperti hari-hari sebelumnya, kluster tertinggi adalah melibatkan tempat kerja dengan sebanyak 16 lagi kluster baharu dikesan.

Lebih membimbangkan, 10 daripada 16 kluster tempat kerja itu telah tercetus di sektor perindustrian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga lagi kluster yang dilaporkan melibatkan dua komuniti dan satu pusat tahanan.

Kata beliau, sebanyak 605 jangkitan positif COVID-19 telah dikesan daripada 16 kluster tempat kerja yang dilaporkan.

Menurut beliau, kluster tempat kerja tertinggi dicatatkan di Johor iaitu membabitkan lima kluster diikuti empat di Selangor.

Selain itu, Dr. Noor Hisham berkata, dua kluster tempat kerja telah dilaporkan di Pulau Pinang manakala masing-masing satu di Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

“Dua kluster komuniti pula telah dikesan di Langkawi, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan manakala kluster pusat tahanan terletak di Sarawak iaitu Kluster Pagar Tebedu.

Baca artikel berkaitan: 21 kluster, 11 libat tempat kerja, 84 kematian

“Kluster yang mencatatkan jumlah kes tertinggi pula adalah Kluster Industri Seri Kembangan di Selangor yang merekodkan 144 kes positif daripada 678 ujian saringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengesanan kluster baharu hari ini itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster sejak COVID-19 melanda adalah sebanyak 2,901.

Pada masa sama, sebanyak 871 kluster masih aktif manakala 2,030 lagi telah diisytiharkan tamat.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut menasihati individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 supaya terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan.

Kata beliau, ia termasuk mengelakkan 3S iaitu kawasan sesak, sempat dan sembang pada jarak dekat serta mengamalkan 3W iaitu wash, wear dan warn.

“Patuhlah kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagai normal baharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Datuk’ disyaki ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap menjadi antara 291 individu ditahan dalam Op Gaurus dilaksanakan...

More Articles Like This