Takut azab Allah, Hafiz Suip mohon maaf, peminat tanya kenapa kurus

Dari Penulis

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja perkongsian penyanyi Hafiz Suip di Instagram yang minta maaf kepada semua pihak telah mengundang kebimbangan masyarakat.

Menurut Hafiz, dia membuat permohonan maaf secara terbuka kerana takut dengan azab Allah SWT apabila tiba hari kematiannya.

“Saya minta maaf pada semua andai ada kecilkan hati, tersalah cakap, yang ada dendam yang tersimpan selama ini, maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng tapi hakikatnya saya takut azab Allah SWT di mana satu hari nanti apabila saya mati saya akan dihisab,” katanya.

Sementara itu, Hafiz atau nama penuhnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Saya tak minta lebih, cuma doakan yang baik dan saya minta kalian modalkan lima minit sahaja jika ada masalah, buat solat sunat dua rakaat untuk memohon doa kepada Allah SWT.

“Jangan harapkan makhluk, maksudnya jangan harapkan diri sekali pun.

“Sebab yang menggerakkan kita itu Dia. Insya-Allah, hati tenang, pasti jumpa solusi,” ungkapnya.

Menerusi hantaran sama, pemyanyi Awan Nano itu turut berkongsi gambar terbaharunya dalam warna hitam putih.

Fizikal tubuh badannya yang kurus telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata bertanyakan kedaan kesihatannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This