Tepat sebulan, kes baharu COVID-19 naik semula cecah 7,654

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEWAKTU pelaksanaan sekatan pergerakan penuh pada 1 Jun lalu, jangkitan COVID-19 negara melonjak kepada 7,105 kes baharu.

Jumlah itu kekal untuk beberapa hari termasuk 8,209 kes yang direkodkan pada 3 Jun.

Namun begitu, kes baharu kemudiannya menunjukkan trend penurunan kepada antara angka 5,000 hingga melepasi 6,000 penularan harian.

Kes baharu yang dicatatkan semalam pula berada pada tahap 6,387 dengan purata 6,539 jangkitan untuk tempoh seminggu.

Walau bagaimanapun, selepas sebulan, jangkitan COVID-19 hari ini kembali melonjak sehingga mencatatkan 7,654 kes baharu.

Kali terakhir jangkitan melepasi angka 7,000 adalah sebulan lalu iaitu 7,452 pada 5 Jun lalu.

Seperti hari-hari sebelumnya, Lembah Klang terus merekodkan jangkitan tertinggi dengan Selangor menyaksikan lonjakan mendadak kepada 3,260 kes berbanding 2,610 semalam.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang turut mencatatkan empat angka kepada 1,550 kes hari ini berbanding 819 semalam.

Baca artikel berkaitan: 6,387 kes baharu, Pahang naik, Perak turun

Negeri Sembilan juga merekodkan peningkatan jangkitan kepada 698 kes baharu.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes turut dicatatkan di beberapa negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka.

Kedah menyaksikan jangkitan kepada 337, 185 kes baharu di Pulau Pinang; 118 di Kelantan dan 230 jangkitan di Melaka.

Jangkitan baharu di Terengganu dan Labuan turut meningkat tetapi masih kekal dua angka iaitu 61 dan 82 kes baharu hari ini.

Beberapa negeri lain bagaimanapun mencatatkan penurunan jangkitan COVID-19 berbanding semalam.

Penularan baharu di Johor menurun kepada 313; Sabah sebanyak 225; Sarawak (286) dan Pahang (180).

Perak pula menyaksikan penurunan mendadak kepada hanya 94 kes berbanding 249 yang direkodkan semalam.

Sementara itu, sebanyak 33 kes dicatatkan di Putrajaya manakala hanya dua kes di Perlis.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 6 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,654 (792,693 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,260 (265,722)
WPKL – 1,550 (82,904)
Johor – 313 (73,162)
Sabah – 225 (70,945)
Sarawak – 286 (67,271)
Negeri Sembilan – 698 (48,629)
Pulau Pinang – 185 (35,677)
Kelantan – 118 (35,493)
Perak – 94 (27,787)
Kedah – 337 (26,863)
Melaka – 230 (19,999)
Pahang – 180 (14,977)
Terengganu – 61 (11,478)
WP Labuan – 82 (8,765)
WP Putrajaya – 33 (2,422)
Perlis – 2 (599)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This