“6 anggota diambil tindakan” – Ketua Polis P. Pinang baharu beri amaran tiada kompromi salah laku

Dari Penulis

WALAUPUN baru memulakan khidmatnya sebagai Ketua Polis Pulau Pinang sejak awal bulan ini, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mula memberi isyarat bahawa beliau amat tegas dalam soal integriti kakitangannya.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit dalam rasuah, jenayah serta melanggar etika pasukan beruniform ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku anggota dan pegawai polis diminta menghubungi IPK Pulau Pinang,” kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman itu.

Mulai 1 Julai lepas, Mohd. Shuhaily menggantikan Ketua Polis Pulau Pinang sebelum ini, Datuk Sahabudin Abd. Manan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Lojistik dan Teknologi, Bukit Aman.

Sebagai membuktikan kata-katanya, hari ini Mohd. Shuhaily mengumumkan enam anggotanya telah disiasat kerana didakwa terlibat dalam dalam kegiatan rasuah, pemerasan dan dadah sejak awal bulan ini.

BERITA BERKAITAN Selepas 2 pegawai ditahan, 3 lagi anggota polis direman hari ini

Mereka membabitkan empat anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan dua anggota IPD Seberang Perai Selatan.

Beliau berkata, enam anggota itu berpangkat Lans Koperal dan Koperal berusia 30-an.

“Tiga anggota itu terbabit dalam siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Manakala dua lagi anggota terbabit dalam pemerasan dan seorang lagi kes dadah.

“Kes ini berlaku dalam tempoh dua minggu iaitu bermula 1 Julai lalu dan kesemua mereka kini ditempatkan di bahagian pentadbiran yang tidak membabitkan urusan luar,” katanya pada sidang media mengenai rampasa dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Beliau berkata, bukan setakat SPRM malah siasatan turut dilakukan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Pulau Pinang bagi tindakan tatatertib.

Dalam sidang akhbar hari ini, Mohd. Shuhaily urut mengumumkan Polis Pulau Pinang berjaya melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di negeri itu dalam beberapa serbuan pada 6 Julai hingga Isnin lalu, membabitkan rampasan dadah bernilai RM3.5 juta. 

Dalam siri serbuan itu, turut ditahan adalah enam individu termasuk seorang dalang  berusia 42 tahun serta wanita yang juga kekasihnya berumur 25 tahun. 

Beliau berkata, dalam operasi Isnin lalu polis menyerbu tiga buah rumah di Perai; Seberang Jaya serta Simpang Ampat dekat sini bermula pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. 

Jelasnya, menerusi serbuan di hadapan sebuah rumah di Perai, polis menahan dua lelaki berusia 34 dan 42 tahun dan merampas 27 bungkusan syabu seberat 29.1 kilogram (kg) sebelum membuat pemeriksaan lanjut di kediaman tersebut. 

Menurut beliau, dengan dipandu arah oleh suspek yang ditahan, polis merampas sepucuk pistol; satu kelopak bersama 13 butir peluru; 4.3 kg heroin base; heroin (8.6 kg) dan kafein sebanyak 52.1 kg di sebuah rumah di Seberang Jaya. 

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This