Pelakon senior seperti saya masih dibayar ‘ciput’ – Jalil Hamid

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ISU meletakkan harga rendah kepada pelakon senior bukanlah topik lapuk, malah hal ini pernah dibahaskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kewajaran memberikan harga yang tidak setimpal kepada pelakon yang sudah lama menghambakan diri dalam industri lakonan dilihat seolah-olah ‘membunuh’ pengalaman serta usaha keras puluhan tahun dalam bidang ini.

Nasib yang sama turut dilalui pelakon veteran, Jalil Hamid yang sudah beberapa kali meluahkan rasa kecil hatinya terhadap rumah produksi yang tergamak menawarkan harga rendah kepadanya.

Bukan mahu mendabik dada dengan pengalaman yang ada, namun apa yang diinginkan adalah sekelumit timbang rasa dan prihatin terhadap anak seni sepertinya yang masih bergantung harap kepada hasil gaji berlakon untuk kelangsungan hidup.

“Sejujurnya, dah banyak kali saya suarakan hal ini. Tetapi masyarakat melemparkan tohmahan kononnya saya sengaja nak mencari populariti agar penonton masih mengingati diri ini.

“Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Sehingga kini, peristiwa itu masih lagi terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.

“Saya tetap pergi ke set penggambaran pada hari pertama tetapi saya tak teruskan kerja kerana saya ia penghinaan kepada diri ini,” katanya kepada URTV.

Jalil atau nama Abdul Jalil Abdul Hamid, 64, berkata demikian ketika sidang media drama Ayahanda yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Ayahanda diarahkan oleh Datuk Tamimi Siregar turut dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan dan ramai lagi.

Drama bersiri 13 episod itu ditayangkan menerusi slot Lestary TV3.

Selain membahaskan isu dibayar RM150 untuk satu episod, Jalil turut mempersoalkan di mana rasionalnya pelakon muda mendapat bayaran tinggi berbanding artis senior.

Menganggap senario itu tidak adil selain menimbulkan tanda tanya yang tiada kesudahan, Jalil ‘memujuk’ hatinya dengan mengandaikan artis muda lebih memiliki peminat dan popular.

“Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya mereka popular dan banyak pengikut?

“Perkara ini paling tidak adil yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka (pelakon senior)?

“Mereka (pelakon senior) sudah semakin tua, malah bakat mereka juga diberikan oleh Allah… mereka perlu makan dan minum.

“Lebih-lebih lagi bidang lakonan ini tak ada pencen dan tiada had umur,” luahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This