PELAKON dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Irwansyah menerusi saluran YouTube The Sungkars Family.
Menurut suami kepada selebriti Zaskia Sungkars itu, dia tidak mengalami sebarang simptom jangkitan wabak tersebut.
“Saya disahkan positif tapi syukur Alhamdulillah keadaan saya masih baik-baik saja.
“Ketika ini saya sedang menjalani kuarantin di bilik anak saya, Ukkasya. Saya terpaksa berpisah sementara waktu dengan keluarga dan hanya berkomunikasi menerusi panggilan video,” katanya.
Irwansyah turut memaklumkan keputusan ujian saringan (swab test) anak dan isterinya menunjukkan negatif virus tersebut,
Tambahnya lagi, dia mendapat jangkitan berkenaan daripada adiknya.
“Sudah dua minggu saya tak keluar rumah… memang duduk di rumah saja. Jaga diri anda semua, jangan bagi orang luar masuk rumah,” ujarnya.

