Coretan Pilu Awie

Dari Penulis

PENANTIAN peminat yang menanti buah tangan terbaharu daripada penyanyi rock terkenal, Datuk Awie akhirnya tertunai dengan terhasilnya Coretan Pilu.

Single itu merupakan hasil ciptaan komposer dan penulis lirik muda Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar.

Lagu tersebut mengisahkan tentang seorang ayah yang merindui belaian kasih sayang anak. Lirik dan lagu yang meruntun jiwa ini telah menjadi soundtrack (OST) untuk drama Ayahanda arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Bait-bait lirik yang diilhamkan oleh dua karyawan muda itu dilihat dapat mencengkam perasaan penonton apatah lagi apabila melihat lakonan hebat seperti Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim.

Drama bersiri Ayahanda ini merupakan adaptasi daripada novel karya penulis tersohor, Allahyarham Azizi Hj Abdullah yang diterbitkan pada 1997.

Sesuai untuk tontonan sesisi keluarga kerana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya kepada agama.

Ayahanda ditayangkan pada setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam bermula 10 Julai 2021 di TV3.

Coretan Pilu edaran MonkeyBone ini telah dilancarkan di semua platform digital di Spotify, Apple Music, Itunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Youtube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This