Kes langgar SOP Neelofa & PU Riz ditangguhkan lagi

Dari Penulis

SEBUTAN semula kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dijadualkan berlangsung hari ini di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, ditunda sekali lagi ke 12 Ogos hadapan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, peguam pasangan tersebut iaitu Haresh Mahadevan berkata, sebutan kes itu terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuat kuasa di Seremban.

“Mahkamah telah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini pada 12 Ogos depan atas alasan PKPD masih dikuatkuasakan di Seremban,” katanya.

Sebelum ini, tarikh asal pengurusan kes Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz dijadualkan pada 23 Jun, sebelum ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 20 Mei lalu, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

PU Riz didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.

Sementara itu, isterinya Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pasangan tersebut ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.

Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This