263 rakyat Malaysia di Arab Saudi tunai haji tahun ini, TH beri kursus dalam talian

Dari Penulis

SERAMAI 296 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji.

Katanya, Tabung Haji (TH) akan memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah itu.

“Malam esok, insya-Allah saya akan adakan temu bual dengan bakal haji rakyat Malaysia yang sedang berada di kota suci Makkah Al-Mukarramah,” katanya dalam program Salam Baitullah di saluran TV1 RTM malam tadi.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini memutuskan ibadat haji musim ini hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang berada di negara itu sahaja berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

BERITA BERKAITAN Malaysia tidak hantar jemaah haji, hormati keputusan Arab Saudi

Media melaporkan Malaysia memutuskan tidak akan menghantar jemaah haji tahun ini bagi menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi tersebut,

Dr.Zulkifli dilaporkan berkata, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr.Abdelfattah Sulaiman Mashat telah menghubungi beliau bagi memaklumkan keputusan Arab Saudi itu.

‘’Hal ini disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia. Makluman yang sama telah diterima oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein daripada rakan sejawatanya Putera Faisal bin Farhan Al Saud,’’ katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua Malaysia tidak dapat menghantar jemaah bagi menunaikan Rukun Islam Kelima itu berikutan penukaran pandemik Covid-19.

Pada tahun lalu hanya 1,000 jemaah yang berada di Arab Saudi dibenarkan menunaikan ibadah tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung subsidi minyak cecah RM7.5 bilion pada April, kini RM3.5 bilion

JUMLAH subsidi RON95 dan diesel yang ditanggung kerajaan melonjak kepada RM7.5 bilion, April lalu susulan krisis di Asia Barat...

More Articles Like This