Rodzi dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu

Dari Penulis

TIMBALAN Ketua Pengarah (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Rodzi, 57, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.

‘’Rodzi memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya,’’ katanya dalam kenyataan.

Mohd Zuki berkata dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki, beliau yakin Rodzi mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan serta bencana di Malaysia, terutamanya menangani pandamik Covid-19.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara sebelum ini ialah Datuk Mohd Rabin Basir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This