Imej rambut pendek & bawa watak wanita kasar, Fify Azmi bukan tomboy!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

HANYA sering dilihat berpenampilan dengan imej berambut pendek, pelakon Fify Azmi acap kali dikatakan selesa untuk membawakan watak wanita lasak dan kasar.

Hakikatnya, Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi,31, masih mencari peluang dan ruang untuk menjiwai watak lain dan terbuka untuk menerima seandainya ada tawaran yang diberikan kepadanya.

“Mungkin sebab saya selalu berambut pendek jadi orang anggap saya lebih selesa untuk menjayakan watak wanita lasak atau berpenampilan seperti lelaki.

“Sejujurnya, watak ala ‘tomboy’ yang pernah saya lakonkan baru dua iaitu menerusi filem Wira dan terbaharu drama Ratu Ten Pin.

“Bukan senang sebenarnya nak bawa watak lasak apabila membabitkan wanita. Lebih-lebih lagi kalau di dunia realiti, memang ‘lari’ jauh dari karakter sebenar saya.

“Tapi sebagai seorang pelakon, saya kena bersikap profesional dan tunjukkan saya mampu membawakan watak tersebut dengan baik. Sebab itu saya sudah bersedia jika ada produksi yang mahu menawarkan watak selain dari wanita lasak dan seumpamanya,” katanya kepada URTV.

Fify memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan melakukan senaman di rumah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This