Raih anugerah Pelakon Wanita Harapan FFM31, Fify Azmi lakar sejarah peribadi

Dari Penulis

DUA tahun menceburi dunia seni, pelakon Fify Azmi atau nama sebenar Nur Afiqah Mohamed Azmi, 31, mencipta sejarah peribadi apabila dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), Jumaat lalu.

Kemenangan diterimanya pada FFM31 yang membawa tema Citra Sinema itu tidak dijangka sama sekali dan sudah semestinya ia menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dalam industri seni.

“Saya baru dua tahun berjinak dalam dunia seni, bermula dengan filem Wira. Sebelum ini banyak buat pengacaraan dan kerja di belakang tadbir. Perkara yang paling mencabar ialah apabila saya terpaksa memotong rambut untuk melakonkan watak Zain.

“Sejujurnya saya rasa ia merupaka  perkara paling sukar kerana dari dahulu lagi tak pernah berambut pendek. Tetapi sejak pengambaran filem Wira, sata terpaksa mengorbankan rambut sendiri demi watak tersebut.

“Saya berterima kasih sangat kepada mereka yang memberi peluang kepada saya untuk menempah nama dalam industri seni,” katanya memetik laporan Mstar.

Fify yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, dia menjangkakan pelakon Mimi Lana akan memenangi kategori itu kerana menganggap Mimi sebagai pesaing terdekatnya.

“Saya memang ingatkan Mimi Lana akan menang kerana bagi saya, dia seorang pelakon yang sangat hebat dan layak untuk menerima anugerah ini.

“Saya juga nak ucapkan tahniah kepada mereka yang tercalon kerana semua layak untuk membawa pulang anugerah,” ujarnya.

Tinjauan URTV ke ruangan komen instagram milik Fify mendapati, rakan-rakan artis serta netizen menitipkan ucapan tahniah kepada Fify atas kemenangan dan pencapaian yang diterimanya.

“Alhamdulilah, yay tahniah adikku,” ujar @bettyrahmad.

“Tahniah Fify, awak adalah simbol darah baru dalam industri dan awak sangat cantik malam ini,” komen @abgisk.

“Tahniah Fify, awak layak menerima anugerah ini. Awak sangat hebat dan mempunyai bakat yang semulajadi sebagai pelakon,” kata @bobheracles.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This