Ivermectine: FB hingga Parlimen, doktor kata jangan campur tangan

Dari Penulis

TIDAK salah nak bertanya malah mencadangkan sekali pun penggunaan Ivermectine bagi merawat COVID-19 yang hangat diperkatatakan ketika ini.

Namun apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam agak luar biasa. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba diasak hebat segelintir wakil pembangkang.

Paling lantang R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) dan Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam). Seorang peguam kanan, seorang jurutera dari segi profesion profesional mereka.

Dr Adham ditekan mereka dengan hebat supaya memberi kelulusan segera kepada ubat berkenaan dan kalau boleh ‘la la tu’ jugak.

Satu peringkat hujah mereka penuh emosi sehingga mengaitkan nak tunggu apa lagi dengan kematian yang sudah mencapai 8,000 orang.

Namun, Dr Adham lebih tenang dan kekal berpegang bahawa ubat yang dicadangkan itu masih dalam peringkat ujian klinikal dengan keputusannya diketahui pada September.

Malah beliau membuatkan mereka mati akal apabila memberi contoh negara yang menggunakan Ivermectine telah menarik balik kegunaannya.

Begitu juga soal Dr Adham kepada mereka tentang bukti yang Ivermectine telah mampu merawat seseorang yang positif pulih daripada COVID-19.

Semakan di hansard mendapati tiada yang berlatar belakang doktor perubatan membuat desakan berapi dalam soal Ivermectine seperti disuarakan Sivarasa dan Khalid.

Baca artikel berkaitan: “Jika India, Peru tarik balik penggunaan Ivermectin, kenapa kita perlu gunakannya? – Dr. Adham

Dalam komuniti pengamal perubatan, desakan penuh emosi beberapa wakil PH di Dewan Rakyat semalam mendapat kritikan meluas di media sosial.

Malah tak terkecuali, Ahli Parlimen Bandar Kuching DAP, Dr Kelvin Yii yang membuat ciapan di Twitter sejurus insiden berkenaan – seakan menegur rakannya dari Amanah dan PKR itu.

Tweet Dr Kelvin itu juga disuarakan ramai lagi doktor perubatan. Bagi mereka, kelulusan biarlah berdasarkan fakta sains bukannya penyelidik di media sosial.

Dan di luar bangunan Parlimen, bukan rahsia lagi Ivermectine sudah dijual di platform media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Ini pun satu isu yang perlu diberi perhatian. Ambil sendiri. Apa akan jadi pada mereka? Apakah boleh dihalang penjualannya atau bagaimana?

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This