“Excellent Menteri” – KJ terima pujian ramai

Dari Penulis

JIKA ada contoh bagaimana persidangan Parlimen mampu menyumbang memberi input kepada kerajaan dalam sesuatu isu, semalam adalah contohnya.

Ini sewaktu sesi penerangan mengenai program vaksinasi COVID-19 oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sidang khas Dewan Rakyat.

Jika masing-masing menghormati kedudukan, segalanya berjalan lancar dan membuahkan hasil yang dimahukan.

Bukan tiada sindiran politik atau kritikan ketika perbahasan, tetapi sidang Dewan Rakyat semalam terutama ketika sesi penggulungan oleh Khairy Jamaluddin berada pada satu standard yang tinggi.

Cara Khairy memberi perhatian serius kepada setiap perkara dibangkitkan wakil pembangkang dan kerajaan berakhir dengan penghormatan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) itu.

Bahasa yang digunakan cukup baik termasuklah melayani kritikan tanpa pula perlu menunjukkan kelemahan diri.

Ini seperti dalam kritikan kelewatan perolehan vaksin berbanding beberapa negara maju termasuk Singapura. Khairy ada caranya menguruskan perkara tersebut.

Boleh diperhatikan bagaimana beliau tidak menolak saranan itu untuk perolehan pada masa depan dengan mengakui akan memperbaiki aspek ‘jangkaan’.

Pada masa sama, beliau mempertahankan diri dengan merasionalkan tarikh memasuki perjanjian sambil memberi contoh negara maju lain yang sama seperti Malaysia iaitu Australia, Jepun dan Korea Selatan di samping beberapa hujah lain yang seterusnya mengharmonikan suasana dewan.

Maklumlah tiada kerajaan yang sempurna dan pada masa sama kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mana beliau sebahagian daripadanya juga tidak berpeluk tubuh.

Jika berpeluk tubuh, mana mungkin berjaya mencapai pemberian setengah juta dos vaksin sehari selain perolehan vaksin itu kini melebihi 100 peratus jumlah penduduk sebagai persiapan pada masa depan.

Selain itu, Khairy juga sangat mengalu-alukan pandangan wakil rakyat seperti dalam aspek agihan vaksin di setiap negeri yang ketika ini ada tinggi ada rendah.

Beliau tidak menepis sepenuhnya pandangan sebaliknya ada kala mengakui situasi dibangkitkan dan pada masa sama menyatakan usaha-usaha yang sedang diambil.

“Saya bersetuju dengan Yang Berhormat..,” atau “Saya terima teguran Yang Berhormat untuk masa hadapan,” antara ungkapan Khairy sebelum menyambung hujahnya.

Ini satu bonus. Perlu difahami game Parlimen. Ahli-ahli Parlimen perlu suarakan permasalahan di kawasan ke peringkat tertinggi yang mana Parlimen adalah platformnya.

Justeru, apabila respons sesuai diberikan Khairy di pihak cabang eksekutif terhadap permasalahan dibangkitkan maka ahli-ahli Parlimen sudah terlepas satu beban di bahu buat masa ini.

Ada jugalah sesuatu untuk dibawa ahli Parlimen balik ke kawasan untuk menunjukkan mereka bekerja kepada pengundi.

Khairy telah penuhi kehendak ini, kehendak yang dimahukan ahli-ahli Parlimen. Ada menang-menang antara kerajaan dan pembangkang.

Satu aspek paling menonjol tentang Ahli Parlimen Rembau ini, adalah penguasaannya dalam subjek vaksin walaupun tidak berlatar belakang sains.

Betul beliau lulusan universiti terkemuka dunia, tetapi sains apatah lagi soal vaksin bukan forte beliau sebelum menerajui MOSTI.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahamad (PH-Kuala Selangor) antara yang seakan menguji Khairy semalam berhubung antigen MRNA vaksin.

Namun Khairy boleh memberi penjelasan dengan baik malah menceritakan pula soal protein spike dan kaitan dengan penularan penyakit bawaan binatang.

Khairy menggunakan istilah sains seperti zoonosis, spike protein, antigen, mutasi dengan tepat dalam konteks berkenaan.

“Yang Berhormat pun tahu, spike protein yang menjadi antigen MRNA. Tapi bila spike protein berubah dan vaksin pun tak berkesan lagi…

“Kita boleh bekerjasama …” antara ulasan Khairy kepada saranan Dr Dzulkifly yang juga bekas penysarah sains kesihatan.

Mendengar apa dikata Khairy, bahasa tubuh bekas Menteri Kesihatan itu seakan ‘tabik’ dengan kualiti Khairy.

“Excellent menteri,” kata Dr Dzulkefly spontan kepada Khairy.

Baca artikel berkaitan: Bekalan vaksin baru 2022, Malaysia berunding dengan pembekal – Khairy

Ungkapan itu cukup menggambarkan penghormatan kepada Khairy, bukan sahaja daripada seorang wakil pembangkang bahkan daripada individu berlatar belakang saintis perubatan.

Tiada siapa sempurna, tetapi yang rasional akan memberikan kredit kepada yang telah berusaha dengan baik.

Sebab itu, ahli-ahli Parlimen mahukan tempoh persidangan semalam ketika penggulungan dilanjutkan kerana mereka mahu mendengar lebih banyak daripada Khairy.

Ini adalah peluang bersoal jawab mengenai PICK kata mereka sambil merayu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Namun terikat dengan SOP, hanya 15 minit dibolehkan masa dilanjutkan di bawah kuasa Speaker. Sayang juga tak dilanjutkan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Konflik Asia Barat: Rakyat perlu sedia hadapi gelombang kenaikan kos hidup

KONFLIK Asia Barat yang membawa kepada krisis tenaga global memberi kesan ketara kepada fiskal negara, sekali gus mencetuskan kebimbangan...

More Articles Like This