Pemborong rugi RM414,932 diperdaya ketika jual Musang King

Dari Penulis

SEORANG pemborong buah mendakwa kerugian RM414,932 selepas diperdaya dalam urusan menjual durian Musang King, sejak hujung bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun mendakwa mengenali suspek pada 30 Jun lepas selepas menghubunginya untuk membeli 10 bakul durian itu.

“Mangsa mendakwa suspek telah menunjukkan salinan resit transaksi secara dalam talian sebuah bank sebagai bukti pembayaran menerusi suspek kedua dipercayai pekerjanya, yang datang ke kedai bagi mengambil buah pada hari sama.

“Ini menyebabkan mangsa mempercayai suspek dan terus menjual durian kepadanya dari 1 Julai hingga 27 Julai lepas dengan persetujuan pembayaran dibuat secara terus ke akaun syarikat,” katanya hari ini lapor Bernama

Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa hanya menyedari dirinya ditipu selepas memeriksa akaun itu semalam dan mendapati bayaran RM414,932 yang sepatutnya dijelaskan suspek tidak dikreditkan ke akaun berkenaan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan, katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This