Gagal kemuka permit import, 24 tan daging sejuk beku Australia dirampas

Dari Penulis

GARA-GARA gagal mengemukakan Permit Import Maqis yang sah, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah kontena yang membawa 24 tan daging lembu sejuk beku dari Australia dalam satu kejadian di Pelabuhan Klang Barat, Isnin lalu.

Menurut MAQIS Selangor, kontena membawa daging lembu sejuk beku itu ditahan semasa pemeriksaan rutin oleh penguat kuasa jabatan berkenaan kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, siasatan mendapati kontena membawa daging lembu sejuk beku itu yang bernilai RM296,998.91 dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan.

“Daging lembu sejuk beku itu kemudiannya dirampas untuk tindakan lanjut setelah gagal mengemukakan Permit Import MAQIS yang sah ketika pemeriksaan dilakukan.

“Daging lembu sejuk beku itu juga didapati untuk kegunaan sendiri dan dijual di pasaran tempatan dan berada di pelabuhan sejak 17 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MAQIS dalam pada itu berkata, perbuatan mengimport daging sejuk beku tanpa Permit Import akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), Akta sama.

Ujarnya, jika disabit kesalahan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan.

“MAQIS sentiasa mengambil serius dalam isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan dan status halal,” tambah kenyataan itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This