[VIDEO] Pastikan kejadian PPV sesak tidak berulang – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pihak penguatkuasa memastikan kejadian kesesakan teruk di pusat pemberian vaksin (PPV) tidak berulang.

Ia susulan tular video memaparkan keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons yang sesak dengan orang ramai beratur bagi mengambil suntikan vaksin.

Video yang tular itu juga menyaksikan orang ramai termasuk warga asing yang menunggu giliran untuk walk-in tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal.

Sambil meluahkan rasa terkejut dengan kejadian itu, Ismail Sabri juga menegaskan akan menghubungi kementerian berkaitan bagi memastikan kejadian itu ditangani segera.

“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP.

“Saya harap pihak penguatkuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ianya boleh menyebabkan penularan wabak.

“Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak PDRM supaya kejadian ini dapat ditangani segera,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiada rasuah kepada penjaga pintu masuk PPV

Petugas positif, PPV SCCC telah ambil tindakan seperti disaran

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan memaklumkan pihak polis telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke PPV berkenaan bagi mengawal keadaan.

Kata beliau, hebahan juga telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka sebagaimana SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, pasukan pematuhan telah berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai.

“Pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan MKN.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran SOP boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This