Lan Pet Pet tak jadi saman, maafkan individu fitnah jual barang terlarang

Dari Penulis

SUSULAN difitnah menjual barang terlarang, pelawak terkenal Lan Pet Pet memaklumkan dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang disyaki merakam dan menyebarkan video terbabit.

Memetik laporan Harian Metro, Lan atau nama penuhnya Mazlan Ahmad, 52, berkata, walaupun kesal dengan kejadian itu, dia enggan mengambil sebarang tindakan selepas mendapat nasihat peguam.

“Boleh sekiranya saya nak bertindak. Nak bawa ke insolvensi sehingga dia muflis pun boleh. Tapi bila fikirkan nanti saya buat benda-benda tak elok sehingga jejaskan periuk nasinya, saya tak mahu.

“Saya dah kenal pasti individu itu. Dia beritahu tak tahu cerita dan saya minta dia memadam video itu dan dia bersetuju.

“Ikutkan saya nak ambil tindakan, tapi kerana dia berani mengakui kesalahannya dan minta maaf, perkara ini selesai,” katanya.

Menceritakan hal sebenar, menrut Lan, dia menjual produk kesihatan khusus untuk kaum lelaki dan bukannya barang terlarang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Kebetulan pembelinya adalah seorang warga emas yang tidak pandai dengan pembelian dalam talian. Jadi, saya perlu hantar kepadanya.

“Video itu jika ditayangkan sepenuhnya tiada masalah, tapi ia sudah disunting dan ia buat saya marah.

“Kalau saya buat benda yang tak elok, reputasi saya lagi jatuh dan orang maki saya. Benda-benda bodoh ini tak pernah masuk dalam kepala saya,” ujarnya.

Menurutnya, sejak isu tular pergaduhan dengan seorang warga emas dulu, dia dibantu peguam Datuk Dr Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co yang banyak memberi nasihat kepadanya.

Tambah Lan, dia juga diambil sebagai pembantu khas guaman untuk syarikat guaman itu sejak awal bulan ini.

Katanya lagi, dia bukanlah seorang yang panas baran, tetapi apabila netizen mengheret nama ibu bapa dan keluarganya dalam isu tersebut, kesabarannya mula hilang.

“Provokasi nak hentam saya sebab ingat saya pelawak. Saya suka bagi orang ketawa, tapi saya bukanlah orang yang sempurna kerana saya juga melakukan kesilapan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This