Jamal Abdillah bakal timang cahaya mata kelima – “Saya harap dikurniakan anak perempuan…”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

RAJA Pop popular, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata kelima awal tahun hadapan.

Menurut Jamal,62, isterinya iaitu Datin Zai Izzati kini sedang hamil 12 minggu dan dijangka akan bersalin pada awal Februari tahun hadapan.

“Syukur alhamdullilah, saya dan isteri diberikan rezeki lagi. Sebenarnya kami sudah lama tahu berita ini (hamil) cuma dirahsiakan dulu dan baru kini kami kongsikan kerana menganggap ia adalah waktu yang sesuai untuk diumumkan.

“Insya-Allah, jika diizinkan, saya inginkan anak perempuan. Apa-apa pun saya serahkan lepada Allah. Ini bermakna, bertambah lagi tanggungjawab saya untuk keluarga.

“Saya dan isteri bercadang untuk pilih tarikh 2 Februari 2022 untuk kelahiran anak kelima ini nanti,” katanya ketika dihubungi URTV.

Tambah Jamal, isterinya mengalami alahan yang agak teruk dan kerap muntah-muntah berikutan pembawaan bayi.

“Isteri saya alami alahan dan loya yang agak teruk. Malah, makan juga tidak berapa selera.

“Saya harap ia tidak berpanjangan dan keadaannya kembali sihat seperti biasa,” ujarnya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Azura Yamani,2 dan El Isaac Yamani yang berusia sembilan bulan.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani,19 dan Ahmad Zaki Yamani,14,


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This