dr say

Dr Say Shazril menerusi laman Instagramnya memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan anak kedua. Jelas Say, isterinya terpaksa bersalin menerusi kaedah pembedahan disebabkan banyak lekatan pada organ dalaman akibat pembedahan major suatu ketika dahulu.

Malah bapa kepada dua anak ini juga berkongsi foto anak keduanya yang dinamakan sebagai Sefriel.

“Topik : Assamualaikum Baby Sefriel

Kepada yg terlepas live semalam, bini sy bersalin caesar arini disebabkan pakar kami memberitahu yg bini ada 20% kegagalan untuk VBAC (Vaginal birth after caesarean) sebab long time back bini pernah ada major operation pada perutnya yg menyebabkan ada banyak lekatan pada organ2 dalamannya. Jadi kami tak mahu ambil risiko itu & kami pilih caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini. Ace dulu pun dilahirkan melalui emergency caesar sebab tali pusat menjerut lehernya.

Menjawab persoalan “siapa jaga Ace?”, well Ace ada kat rumah dijaga family bini sy yg sebelum mereka datang, mereka siap buat RTK test. Polisi @subangjaya_medicalcentre kepada para suami yg ingin menemani isteri di kala pandemik ini adalah once suami masuk bersama isteri ke hospital, suami tak boleh keluar sehinggalah isteri keluar sebab both suami isteri kena buat PCR test sebelum masuk wad. Sy terlepas waktu Ace lahir dulu maka kali ni sy takkan terlepas Sef lahir.

Alhamdulillah 8.14pagi 18.8.21 bini sy @azuraabas selamat melahirkan our 2nd baby boy seberat 3.5kg & sepanjang 51.5cm. Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yg cukup istimewa ini. I am now a father of two! Tak sabar nak tengok reaksi Ace bila kami bawak Sef balik nanti. Thank you so much for your warm wishes & du’a peeps!”

Dr Say dan isterinya berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mempunyai dua anak lelaki.

Sumber : Instagram Dr Say