BUAT hari kelima berturut-turut, jangkitan harian baharu COVID-19 seluruh negara menyaksikan penurunan.
Hari ini, sebanyak 19,631 kes telah dilaporkan sekali gus menjadikan kumulatif jangkitan mencecah 1.444 juta setakat ini.
Berdasarkan statistik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, lapan negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak masih mencatatkan lebih 1,000 kes.
Seperti hari-hari sebelumnya, Selangor terus kekal menjadi penyumbang tertinggi jangkitan baharu selepas meningkat sedikit kepada 5,753 kes hari ini.
Paling mengejutkan, penularan baharu di Sabah semakin melonjak apabila lebih 2,000 jangkitan dilaporkan hari ini.
Jika semalam Sabah merekodkan 1,728 kes, jangkitan itu naik kepada 2,103 kes baharu.
Ia diikuti Kedah yang mencatatkan 1,863 kes; Kuala Lumpur (1,765) dan Johor (1,309).
Jumlah kes baharu yang dilaporkan di Pulau Pinang dan Kelantan turut meningkat sedikit masing-masing kepada 1,275 dan 1,268 jangkitan.
Baca artikel berkaitan: 19,740 kes baharu, Selangor, KL catat penurunan
Selepas menurun sedikit semalam, kes baharu di Perak kembali kepada paras empat angka iaitu merekodkan 1,101 kes.
Dua negeri yang melaporkan empat angka jangkitan semalam iaitu Sarawak dan Melaka kembali ke paras tiga angka hari ini.
Sarawak merekodkan 835 manakala Melaka mencatatkan 623 kes baharu.
Beberapa negeri lain iaitu Negeri Sembilan dan Pahang juga menyaksikan sedikit peningkatan kepada 490 dan 670 jangkitan.
Pada masa sama, kes baharu di Terengganu pula menurun kepada 498.
Putrajaya dan Perlis pula mencatatkan dua angka kes masing-masing 41 dan 37 kes baharu.
Sementara itu, tiada kes baharu dicatatkan di Labuan.
Berikut pecahan kes mengikut negeri:
Sehingga 17 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,631 kes (1,444,270 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor -5,753 (524,113)
WPKL – 1,765 (157,624)
Johor – 1,309 (113,664)
Sabah – 2,103 (108,933)
Sarawak – 835 (89,407)
Negeri Sembilan – 490 (85,702)
Kedah – 1,863 (72,087)
Pulau Pinang – 1,275 (62,837)
Kelantan – 1,268 (59,611)
Perak – 1,101 (52,621)
Melaka – 623 (41,270)
Pahang – 670 (35,090)
Terengganu – 498 (25,502)
WP Labuan – 0 (9,745)
WP Putrajaya – 41 (4,965)
Perlis – 37 (1,099)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

