Tok Mat sesuai jadi Menteri Kewangan – Asyraf Wajdi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dicadangkan supaya dilantik dalam sebahagian barisan Jemaah Menteri sebagai Menteri Kewangan.

Cadangan itu disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, Menteri Kewangan yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu hadir daripada kalangan pemimpin yang telah biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Kata beliau, ia juga penting bagi merealisasikan tuntutan rakyat berkaitan moratorium, program i-Citra dan tambahan nilai pakej-pakej bantuan kepada rakyat.

“Bagi merealisasikan tuntutan rakyat berkaitan moratorium, i-Citra, tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat yang ketika ini amat susah, gelisah dan tertekan, memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih dari kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

“Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk Perdana Menteri melantik Mohamad sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu nanti. Setuju dengan pandangan ini?,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: Hormati Perdana Menteri, Ismail Sabri bukan ‘budak suruhan’ UMNO

Sebagai rekod, Mohamad atau Tok Mat, 65, merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga Mei 2018.

Beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sejak tahun 2018.

Tok Mat perlu dilantik sebagai Senator sekiranya berada dalam barisan Kabinet kerana beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.

Sabtu lalu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 2.30 petang.

Ismail Sabri, 61, mengisi kekosongan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos lepas, susulan kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This